Tuesday, January 18, 2011

-:: Projek Penanaman Pokok Padi ::-

Pada 19 Januari 2011, PPKI SKSD telah menjalankan projek sulongnya iaitu Projek Penanaman Pokok Padi. Setelah kawasan diberikan oleh Puan Guru Besar SKSD, PPKI SKSD tidak mensia-siakan kawasan yang dikurniakan itu. Projek tersebut telah mendapat tunjuk ajar oleh En Hassan B Mohamad, pekerja sekolah yang memastikan segala projek yang dikehendaki pihak sekolah menjadi kenyataan. Projek tersebut juga telah dipantau dan dibantu oleh GPK PPKI dan guru-guru PPKI SKSD juga PPM PPKI.
Antara tujuan projek tersebut ialah memberikan murid-murid PPKI pengalaman merasa sendiri cara-cara penanaman padi. Selain itu memperkenalkan kepada mereka rupa bentuk anak pokok padi. Selain itu dapat memupuk semangat tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti menghargai makanan yang ada, 
Diharap dengan adanya projek seperti ini,dapat memberikan pengalaman dan ilmu dalam penanaman pokok padi supaya mereka lebih menghargai usaha orang lain dalam memberikan mereka makanan.
Berikut sedikit cebisan semasa projek itu berlansung.