Tuesday, January 18, 2011

-:: Projek Penanaman Pokok Padi ::-

Pada 19 Januari 2011, PPKI SKSD telah menjalankan projek sulongnya iaitu Projek Penanaman Pokok Padi. Setelah kawasan diberikan oleh Puan Guru Besar SKSD, PPKI SKSD tidak mensia-siakan kawasan yang dikurniakan itu. Projek tersebut telah mendapat tunjuk ajar oleh En Hassan B Mohamad, pekerja sekolah yang memastikan segala projek yang dikehendaki pihak sekolah menjadi kenyataan. Projek tersebut juga telah dipantau dan dibantu oleh GPK PPKI dan guru-guru PPKI SKSD juga PPM PPKI.
Antara tujuan projek tersebut ialah memberikan murid-murid PPKI pengalaman merasa sendiri cara-cara penanaman padi. Selain itu memperkenalkan kepada mereka rupa bentuk anak pokok padi. Selain itu dapat memupuk semangat tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti menghargai makanan yang ada, 
Diharap dengan adanya projek seperti ini,dapat memberikan pengalaman dan ilmu dalam penanaman pokok padi supaya mereka lebih menghargai usaha orang lain dalam memberikan mereka makanan.
Berikut sedikit cebisan semasa projek itu berlansung.
























Wednesday, December 8, 2010

-:: PPKI SKSD ke Peringkat Kebangsaan ::-

Pada 09 November 2010, PPKI SKSD telah layak mewakili kawasan Merlimau dalam Kejohanan Tenpin Bowling Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Melaka International Bowling Centre Di MITC. SKSD amat berbangga di atas pencapaian yang telah ditunjukkan. Semoga PPKI SKSD akan terus menjadi pembakar semangat kepada murid-murid aliran perdana untuk tyerus menaikan nama sekolah dalam segala bidang.

Keputusan dari Kejohanan tersebut, pemain kita telah berjaya merangkul tempat ke 2 dan ke 3 manakala SKSD telah menjadi Naib Johan Keseluruhan kejohanan tresebut. Tahniah!
























Tuesday, July 13, 2010

Kejohanan olahraga Pendidikan Khas, Zon Merlimau Tahun 2010.

Pada 14 Julai 2010 bersamaan hari Rabu, Padang SK Serkam Darat sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Zon Merlimau tahun 2010. Semua sekolah dalam kawasan Merlimau telah menghantar wakil bagi menyertai kejohanan yang berlansung setahun sekali ini.

Pada keseluruhan nya terdapat 12 buah sekolah yang telah menghantar wakil untuk menyertai kejohanan yang terdiri daripada 28 acara. Walaupun keadaan cuaca agak mendung , namun alhamdullilah segala nya dapat berjalan dengan baik dan lancar dengan kerjasama semua pihak.

Berikut sedikit kandid dari kejohanan tersebut.