Tuesday, July 13, 2010

Kejohanan olahraga Pendidikan Khas, Zon Merlimau Tahun 2010.

Pada 14 Julai 2010 bersamaan hari Rabu, Padang SK Serkam Darat sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Zon Merlimau tahun 2010. Semua sekolah dalam kawasan Merlimau telah menghantar wakil bagi menyertai kejohanan yang berlansung setahun sekali ini.

Pada keseluruhan nya terdapat 12 buah sekolah yang telah menghantar wakil untuk menyertai kejohanan yang terdiri daripada 28 acara. Walaupun keadaan cuaca agak mendung , namun alhamdullilah segala nya dapat berjalan dengan baik dan lancar dengan kerjasama semua pihak.

Berikut sedikit kandid dari kejohanan tersebut.

Monday, September 28, 2009

Jamuan Hari Raya PPKI 2009

Pada 29 hb Sept 2009 bertempat di Dewan Hjh Maimunah Khamis
PPKI SK Serkam Darat
telah menganjurkan satu majlis Jamuan Hari Raya bagi tahun 2009. Tujuan majlis diadakan adalah untuk merayakan aidilfitri ini bersama-sama murid-murid pendidikan khas. Sepertimana yang semua maklum, murid-murid PPKI adalah sebuah kelompok murid yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Berikut adalah sedikit cebisan kenangan dari majlis tersebut.